Sunday, May 17, 2009

Permulaan yang memenatkan...(Setting tempat)

Kami mula sediakan tapak selepas kami menghadiri kursus lintah pada akhir November 2008. Beli tong, net hitam, net hijau, span, kayu, paku dan banyak lagi barang-barang yang perlu pada pertengahan bulan 12. Oleh kerana waktu cuti kami amat terhad (2 hari je...huuu), kami buat kerja macam kuli lah. Bangun pagi seawal jam 8 untuk mengadap tong. Potong penutup tong, potong net hijau, buat overflow tong. Kami ambil masa sedikit untuk membuat semua kerja ini kerana kami tiada pengalaman dan kami tidak pandai sangat bertukang.

Pejam celik pejam celik, 2 hari berlalu, dan kami terpaksa balik ke Kuala Lumpur. Kerja, kerja, kerja. Tapak projek belum siap lagi, agak pening juga sebab masing-masing buta kayu. Jalan penyelesaian, terpaksa upah orang untuk bina tapak lintah kami. Tapak projek di siapkan dalam masa 3 hari. Pemantauan oleh keluarga Wak Sani merealisasikan impian kami.

Oh ya, tapak projek kami dapat dibina atas bantuan daripada Wak Sani dan rakan-rakan untuk di bina. Pada permulaan di bina, sangatlah tidak memuaskan hati, namun setelah di edit-edit, hasilnya amat memuaskan. Kemas. Sangat kemas. Kami sangat berpuas hati dengan tapak projek kami sekarang.

No comments:

Post a Comment

Gambar