Sunday, May 17, 2009

Permulaan yang memenatkan...(Setting tempat)

Kami mula sediakan tapak selepas kami menghadiri kursus lintah pada akhir November 2008. Beli tong, net hitam, net hijau, span, kayu, paku dan banyak lagi barang-barang yang perlu pada pertengahan bulan 12. Oleh kerana waktu cuti kami amat terhad (2 hari je...huuu), kami buat kerja macam kuli lah. Bangun pagi seawal jam 8 untuk mengadap tong. Potong penutup tong, potong net hijau, buat overflow tong. Kami ambil masa sedikit untuk membuat semua kerja ini kerana kami tiada pengalaman dan kami tidak pandai sangat bertukang.

Pejam celik pejam celik, 2 hari berlalu, dan kami terpaksa balik ke Kuala Lumpur. Kerja, kerja, kerja. Tapak projek belum siap lagi, agak pening juga sebab masing-masing buta kayu. Jalan penyelesaian, terpaksa upah orang untuk bina tapak lintah kami. Tapak projek di siapkan dalam masa 3 hari. Pemantauan oleh keluarga Wak Sani merealisasikan impian kami.

Oh ya, tapak projek kami dapat dibina atas bantuan daripada Wak Sani dan rakan-rakan untuk di bina. Pada permulaan di bina, sangatlah tidak memuaskan hati, namun setelah di edit-edit, hasilnya amat memuaskan. Kemas. Sangat kemas. Kami sangat berpuas hati dengan tapak projek kami sekarang.

Wednesday, April 29, 2009

Pengenalan

Kami telah berjaya menubuhkan syarikat khusus untuk penternakan lintah. Agro Wise Enterprise di jayakan pada tanggal 20hb Disember 2008. Syarikat ini bermula dengan modal permulaan sebanyak RM 10,000.Syarikat ini diasaskan oleh 3 belia yang bercita-cita dan punyai semangat yang besar. Idea penternakan ini dicetuskan setelah kajian mendalam dilakukan terhadap potensi lintah sejak 2 tahun lepas.

Permulaan kami dengan berbekalkan induk sebanyak 1600 dan di tempatkan di dalam 6 buah politank bersaiz 100 gelen. Permulaan yang begitu penat untuk sediakan tapak dan tong yang kami rasakan agak rumit untuk di sediakan. Alah bisa tegal biasa. Kami berjaya sediakan tong sebanyak 10 buah bagi persediaan untuk alihkan anak-anak lintah. Anak-anak lintah perlu dialihkan supaya tidak berlaku persaingan dari segi pemakanan dengan induk dan sekaligus pihak kami dapat membuat pemantauan produktiviti lintah-lintah induk kami.

Projek ini dimulakan di Kampung Parit 5 ½ Sekinchan ,Selangor. Walaupun tapak projek kami agak terhad, ia mampu menempatkan kira-kira 10 politank 100 gelen dan 3 politank 80 gelen. Kami menempatkan setiap politank dengan 200 ekor induk. Sehingga kini lintah-lintah kami telah berkembang biak dengan jayanya, (anggaran dalam 6000 ekor). Namun kami mempunyai misi untuk memperbesarkan lagi tapak ini, dan akan diusahakan secara besar-besaran dalam tempoh terdekat, insya allah.


Gambar